
Sulit
4 tahun
Adakah cleft termasuk dalam genetic disease?
Adakah cleft termasuk dalam genetic disease?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Klef bibir dan lelangit adalah masalah kongenital yang sering berlaku di seluruh dunia. Banyak faktor yang boleh menyebabkan klef bibir dan lelangit. Faktor genetik memain peranan sebanyak 20% hingga 50% dan faktor persekitaran wanita yang mengandung memain peranan dalam pembentukan penyakit ini.
Melalui kajian, wanita yang merokok waktu mengandung lebih cenderung untuk melahirkan bayi klef bibir atau klef lelangit. Wanita yang menghidapi penyakit kencing manis juga memainkan peranan juga. Wanita yang mengandung mengambil ubat untuk merawat epilepsi (sawan) boleh menyebabkan pembentukan penyakit ini.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian secara peribadi. Terima kasih.