leashaaa.99
3 tahun
Adakah G6PD satu penyakit yang kekal?
Saya perempuan berumur 18 tahun. Saya nak tanya adakah seseorang itu mempunyai G6PD sekiranya mempunyai alergi pada kacang parang? Saya pernah menjalani blood exchange transfusion semasa bayi kerana demam kuning.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
G6PD deficiency atau nama panjangnya glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency merupakan penyakit yang kekal. G6PD adalah enzim yang memainkan peranan dalam melindungi darah merah seseorang individu. Kekurangan enzim ini boleh menyebabkan darah merah pecah dari bahan yang boleh merosakkan darah merah. Antaranya adalah kacang parang.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanju, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.