
Sulit
3 tahun
Adakah gastrik & pedih ulu hati antara long post covid19?
Sy wanita brumur 30y, menjadi bks pesakit covid (sudah hampir sbulan) categori 1 dimana tidak mempunyai gejala. Sebelum menbuat swab test, sy hilang deria bau shj tetapi hari ke 3 sudah ok deria bau sy.
Yg menjadi persoalan sy skrg, walaupun sy tiada simptom tapi sy ada gastrik/pedih ulu hati. Cuma sejak 3-4 hari ini sy senang utk mendapat pedih ulu hati. Dalam beberapa jam slepas mengambil ubat magnesium trisilicate baru pedih/panas tu akan hilang. Kdg2 sy rasa panas tu naik di bahagian tulang dada atas/kawasan breast. Sy juga tidak mengalami sesak nafas @ sakit dada. Heart rate pun masih dlm normal range. Cuma tak selesa sbb rasa panas/pedih dkt dada atas tu je. Tidur malam pun so far ok tiada masalah. Adakah ini pedih ulu hati ni salah satu simptom long post covid19? Dan normal ke pedih ulu hati terasa dkt kawasan atas breast?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami gejala gastrik dan pedih ulu hati dan ingin mengetahui sama ada ia berkaitan dengan gejala “long COVID”. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, “long COVID” (Sindrom Post COVID) adalah keadaan dimana bekas pesakit COVID-19 masih menunjukkan gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih. Gejala boleh berbeza tiap individu. Sakit perut turut dilaporkan antara gejala COVID-19 berdasarkan CDC (Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit).Secara umum, lima gejala yang kerap dilaporkan adalah kelesuan, susah bernafas ketika melakukan aktiviti, susah tidur malam, batuk dan kegelisahan.
Akan tetapi, masalah pedih ulu hati juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain yang memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- GERD
- Pengeluaran asid perut berlebihan
- Sindrom Zollinger-Ellison: Sejenis ketumbuhan yang mengeluarkan hormon gastrin yang berfungsi mengeluarkan asid perut.
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.