Sulit

2 tahun

Adakah ia buasir? Ingin mengetahui masalah yang di hadapi serta perkara yang perlu dilakukan. Takut ia membawa kemudaratan diri sendiri

Salam sejahtera doktor, saya student berumur 20 tahun. Saya ingin tahu dan bertanya. Selepas saya buang air besar, pada bahagian dubur saya berasa sakit, pedih dan ada isi ataupun benjolan terkeluar tapi ia tidak tebal dan bukan benjolan bulat. Saya tak tahu itu apa. Saya ada masalah sembelit. Tetapi saya jarang sekali buang air besar berdarah. Cuma selepas membuang itu sahaja berasa sakit dan pedih seperti bengkak mungkin. Tetapi saya cuba untuk tidur. Keesokkan nya sudah tidak sakit. Tetapi gatal pula yang berlaku di bahagian dubur tersebut tapi bukanlah selalu. Adakah saya mempunyai buasir? Apakah yang perlu saya lakukan? Bantulah saya doktor kerana sudah beberapa tahun menghadapi masalah ini. Tapi ia tidak serius kerana ia mudah hilang sakit pada keesokkan harinya. Saya takut mempunyai masalah serius jika saya biarkan. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih doktor :slight_smile:

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.

Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas, kami memahami anda mengalami kesakitan dan kepedihan pada dubur selepas membuang air besar serta merasakan kebenjolan pada dubur.

Ada kemungkinan untuk anda mengalami masalah buasir memandangkan anda mempunyai sejarah masalah sembelit dan simptom-simptom anda adalah bersamaan dengan masalah buasir. Namun, kami tidak boleh memberi kepastian tanpa maklumat tambahan dan pemeriksaan fizikal. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengesahkan masalah anda berpunca daripada masalah buasir. Untuk makluman anda, sekiranya masalah buasir tidak dirawat, ia boleh menyebabkan pendarahan dan kesukaran membuang air besar.

Simptom-simptom anda juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti rectal prolapse, anal fissure atau sista pilonidial. Terdapat penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan masalah anda, iaitu kanser rektal. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan seterusnya mendapatkan rawatan.

Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.

Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

ben-white-_YQgJos0SKE-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)