Sulit

2 tahun

Selalu sembelit sampai najis keras and bile nak membuang tu sakit sangat sampai mungkin dah timbul buasir

hai sy perempuan berusia 20 tahun. sy nak tnye boleh ke buasir didiagnosis sendiri? like time berak tu rasa ade benjolan yg menyakitkan so sy ingt nak gi farmasi beli ubat buasir je. lg satu. sy slalu sngt sembelit sbb sy berak sminggu skali cmtu so kadang2 tu sy tahan dulu berak sbb sy nak minum air and buah2 dulu bg najis lembut. sbb saya pernah try pergi membuang terus lepas rasa nak berak tu tp najis trlalu keras and sakit. jadi bile sy pergi berak terus dan dubur dh sakit baru saya makan air ngan buah bnyk2 so lame sikit tu najis dh lembut tp still sakit nak lalu keluar tu sbb kesan dari masa membuang najis keras mula2 tu. jadi persoalan saya. boleh ke tahan dulu bile rasa nak berak tu sbb nak tunggu dubur lega sikit? atau hiraukan je rasa sakit tu and pergi je berak walaupon sakit sngt. sy pernah hiraukan je rasa sakit tu and pergi je berak skali lg lepas sembelit tu tp lame kelamaan sy start perasan ade ketulan tu. maybe dh jadi buasir. mohon bantu terima kasih

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sudah lama mengalami masalah sembelit dan baru-baru ini terasa ketulan yang sakit. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk makluman pihak anda, masalah buasir ini biasanya dialami oleh orang berusia 45 hingga 65. Tetapi, buasir juga boleh muncul dalam golongan lebih mudah. Buasir ialah urat bengkak di bahagian bawah dubur dan rektum. Apabila dinding saluran darah ini diregangkan, ia menjadi jengkel dan menyebabkan rasa sakit.
Antara punca berlaku buasir ialah:

  • Kehamilan
  • Penuaan
  • Cirit-birit
  • Sembelit kronik - Meneran bagi menggerakkan najis memberi tekanan tambahan pada dinding saluran darah.
  • Obesiti
  • Genetik
  • Mengangkat barangan berat

Di samping itu, saya menyarankan anda agar tidak menahan kerana ini akan menambah burukkan masalah sembelit. Selain itu, anda harus makan buah-buahan pada setiap hari, dan bukan hanya apabila rasa berak datang. Buah-buahan yang berkandungan fiber yang tinggi seperti epal, pear, kiwi dan oren boleh melembutkan najis dalam usus dan mengurangkan rasa sakit apabila anda berak. Sayur-sayuran juga amat penting untuk dimakan bagi membantu masalah ini.

sembelit kronik boleh menyebabkan lebih banyak masalah pada masa hadapan. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti dan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_2559237431
AdobeStock_255923743%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)