
Sulit
5 tahun
Adakah ianya spottin dari implantation
doc pada 19 julai saya melakukan hubungan,7-10/8 saya dtg period 2 hari sebelum period ad darah spotting.16/8 saya buat upt pada pagi kencing pertama saya jwpn negatif(saya ingat ianya terlalu awal),bgitu juga pada bulan 9 saya dtg haid 4 hari tidak ingat tarikh.tetapi bulan 10 ,haid saya tidak dtg cuma ada darah coklat tompokkan(yarikh tak di ambil) saya fikir ianya darah spotting hamil jadi saya buat upt pada 9/10 tetapi jwpn masih negatif sedangkan saya buat masa bangun pagi dan kencing pertama pagi itu. bulan nov 5-8 saya keluar darah bnyak lagi seperti period. jadi darah spotting pada bulan 8 dan 10 adkah disebabkan implantation?dan adakah setiap darah yg saya anggap period itu darah disebabkan perkara lain?
(haid saya tidak menentu dan saya baru mahu kira kitaran mulai haid saya pada bulan11 itu dan setiap saya haid itu darahnya sama bnyak seperti haid)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Menurut keluhan yang dijelaskan, kesemua darah tersebut adalah darah haid memandangkan anda tidak hamil.
Untuk itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.