
Anonymous
6 tahun
Adakah ini boleh menyebabkan saya mengandung?
Doktor saya nak tanya , anak saya masih baby lagi … dan saya merancang untuk megelak dahulu kehamilan …masa saya bersama , kami tidak memakai ape ape alat pencegahan . selepas suami saya pancut luar , dan mungkin ada baki nya sedikit air nya, die masukkan semula “alat” nye ke vagina saya . dan saya rasa kemungkinan ada baki air yang last termasuk di dalam vagina … adakah ia bole menyebabkan mengandung ?

6 tahun
Salam sejahtera.
Setiap hubungan kelamin tanpa perlindungan boleh menyebabkan kehamilan. Air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula. Oleh itu, air mani suami anda telah memasuki faraj anda walaupun suami anda belum ejakulasi atau “pancut”. Selain itu, air mani boleh kekal di permukaan kemaluan suami anda walaupun dia telah ejakulasi. Jika dia memasukkan kemaluannya ke dalam faraj anda selepas ejakulasi, air mani yang mengandungi sperma tetap boleh masuk ke dalam rahim anda. Selagi suami anda tidak memakai kondom atau anda tidak menggunakan sebarang pencegahan kehamilan, maka setiap hubungan kelamin yang tidak berpelindungan berupaya menyebabkan kehamilan kepada anda.
Oleh sebab anak anda masih kecil lagi, anda digalakkan untuk merancang keluarga sehingga anak anda berumur 2 tahun dan ke atas. Jarak dua tahun itu membolehkan badan anda untuk membaiki tisu-tisu yang rosak semasa kelahiran anak sebelum ini. Dua tahun ini juga boleh digunakan untuk menyusu anak anda dengan menggunakan susu ibu. Setiap ibu disarankan untuk menyusui badan untuk 2 tahun supaya anak mereka boleh memperoleh nutrisi yang terbaik serta mencapai perkembangan fizikal dan emosi yang paling optimum.
Sebelum menggunakan alat perancang keluarga, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk berbincang tentang cara yang paling sesuai untuk anda.

6 tahun
Hi. Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Untuk menjawab soalan anda, ya, dengan memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam vagina ketika masih terdapat sedikit air mani yang tinggal, peratusan untuk berlakunya kehamilan adalah masih tinggi. Ini kerana, terdapat jutaan sperma walaupun di dalam jumlah air mani yang dianggap sedikit.
Anda menggunakan teknik yang dinamakan sebagai ‘coitus interruptus’ ataupun juga dikenali sebagai tarik dan keluar/ cabut dan keluar. Cara mencegah kehamilan dengan teknik ini adalah tidak begitu berkesan jika dibandingkan dengan cara lain yang lebih efektif. Walaupun begitu, anda boleh mengurangkan risiko berlakunya kehamilan dengan pelbagai cara. Antaranya adalah:
- Untuk hubungan kelamin yang berulang pada waktu yang sama, pastikan suami anda membuang air kecil terlebih dahulu. Ini adalah untuk membuang semua sperma yang berada pada salur kencing dan pastikan alat kelaminnya dibasuh dengan sempurna bagi menghilangkan semua kesan air mani.
- Sekiranya terdapat air mani pada mana-mana bahagian badan anda, pastikan anda membasuhnya dan memastikan ia tidak berada berdekatan dengan kemaluan anda.