
Sulit
4 tahun
Adakah ini symptoms thyroid?
Hi doctor, saya lelaki berusia 26 tahun. Saya ada cancer history yg menyebabkan saya Kurus. Sekarang saya mengalami masalah tangan menggigil, berat badan susah naik walaupun makan banyak, dan kadang2 semput yg mengeluarkan bunyi whistle, self confidence hilang, dan mood swing selalu dan suka menghabiskan masa dlm bilik/rumah, tak suka jumpa orang even kawan/family sendiri. Dah setahun berlalu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hipertiroid
- Masalah kelenjar adrenal
- Penggunaan ubat-ubatan seperti ‘inhaler’ asthma
- Masalah hati
- Kanser
- Masalah depressi
- Penyalahgunaan alkohol atau ‘withdrawal syndrome’
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat seperti jenis kanser yang dihidapi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk penilaian yang lebih lanjut.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.