Sulit
3 tahun
Adakah normal haid makan ubat medroxyprogesterone
24/4 sya jumpa pkr puan …sya disah kan mpunyai masalah infuksi …jdi merka bg saya ubt itu …dlm trik 27 saya trus dtang bulan utk kali 2…memang dlm bln 3…29/3 sya proliod smpai 12/4 …dri trikh 27 smpai skrg sya haid .ttp doktor yng incas sya suruh mkn ubt …sya tkt sya kekurangan darah krna sya lebih dri 4 pad untuk satu hari…dan pg nie bnyk ketulan yng kuar adakha slmat sya untuk sya mkn ubt trsbut dlm keadaan period …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah terhad. Saya sarankan untuk anda mengikut nasihat doktor yang merawat anda kerana mereka lebih tahu mengenai keadaan anda. Selain itu, ubat tersebut sememangnya bertujuan untuk merawat haid yang tidak teratur.
Sekiranya anda mengalami gejala yang merujuk kepada anemia seperti pucat, lemah, pening kepala serta sukar untuk bernafas, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendaparkan rawatan yang sesuai. Buat masa sekarang anda awasi dahulu gejala anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.