
Sulit
4 tahun
Adakah perlu suami sy menggunakan protection (kondom) ketika bersama tetapi sy telah menggunakan pil perancang kehamilan yasmin?
Sy telah berkahwin dan mempunyai seorang ank berusia 1tahun, dan selepas sy bersalin sy pernah mengambil pil perancang yg disarankan. Oleh KK selama beberapa bulan sahaja, kemudian sy berhenti mengambilnya sehingga anak sy berumur 1thn. Kemudian sy mulakan pengambilan pil yasmin yg baru dan baru mulakan selama 2 mggu penggunaan. Cuma sy sedikan keliru, adakan suami sy perlu menggunakan protection (kondom) ketika bersama ataupun selamat jika tidak menggunakan protection sepanjang sy mengambil pil perancang yasmin. Terima kasih doctor .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Mengenai soalan yang dituju oleh puan:
Pada pendapat kami, untuk mendapatkan keberkesanan yang maksima mengenai kaedah perancangan keluarga yang puan tengah amalkan dengan penggunan pil perancan Yasmin, puan lebih disarankan untuk meminta suami anda untuk memakai kondom ketika bersama. Walaubagaimanapun, hubungan bersama suami tanpa menggunakan kondom juga adalah selamat bagi meneruskan perancangan puan tanpa gangguan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sementara itu, kami juga ingin nasihatkan puan untuk memantau keseimbangan kitaran haid puan dan juga jika terdapat sebarang kesan sampingan yang berlaku sepanjang penggunaan pil Yasmin tersebut. Adalah lebih baik jika suami anda menggunakan kondom kerana ia akan memberi kesan kontraseptif yang 100%.
Kami harap jawapan ini membantu anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.