Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Need Help?
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Merancang untuk mengandung selepas membuang iucd

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 5, 2022 11:20 AM
Sulit 4 bulan

Sy 29tahun. Sy menggunakan iucd selama 2 tahun. Pasa january 20222 sy telah membuang iucd kerana sy merancang untuk mengandung. Akan tetapi pada bulqn march sy tidak datang haid. Sepatotnya haid sy datang pasa 23march. Tapi sampai harini tiada tanda untuk haid. Sudah 14hari sy lewat datang haid. Sy dah check upt tapi satu line je. Adakah selepas membuang iucd mengambil masa yg lama untuk mengandung? Adakah iucd mengganggu hormon saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 4 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda bercadang untuk mengandung dan telah mengeluarkan IUCD pada bulan Januari. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk makluman pihak anda, selepas mengeluarkan IUCD, haid akan mengambil masa kira-kira 3 bulan sebelum datang balik. Jika haid anda telah berhenti ketika menggunakan IUCD, hormon dalam badan perlu mengawal selia semula selepas mengeluarkannya. Jangka masa untuk haid datang semula juga bergantung kepada jenis IUCD yang digunakan, sama ada IUCD tembaga ataupun IUCD yang mengandungi hormon. Jangka masa ini juga berbeza bagi setiap individu. Walaupun haid anda belum kembali ke jadual yang biasa, anda masih ada peluang untuk mengandung.

Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk berbincang tentang situasi anda jika masih mempunyai soalan atau jika haid anda masih tidak teratur. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_272601132
AdobeStock_255923743

Dikemaskini pada: Tue Apr 05 2022 11:20:52 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang perancangan keluarga secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (35) Anemia (59) Apendiks (1) Asid Refluks (37) Asthma (18) Badan Gemuk (34) Batuk (361) Benjolan Di Kulit (439) Bisul (78) Buasir (255) Cara Berhenti Merokok (50) Chlamydia (12) Cirit Birit (96) Darah (17) Darah Nifas (19) Darah Tinggi (189) Dehidrasi (2) Demam (673) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (74) Derma Darah (26) Ejakulasi Pramatang (199) Ekzema (15) ENT (1187) Fibroid (32) Gallstone (3) Gastrik (84) Gigi & Gusi (580) Gonorea (67) Haid Berlebihan (198) Haid Berpanjangan (923) Haid Lewat (2133) Haid Sakit (252) Haid Tidak Teratur (2620) Hematologi (18) Hepatitis A (3) Hepatitis B (56) Hepatitis C (13) Herpes (94) Hipoglisemia (1) Hipotensi (23) HIV (417) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (6) HPV (44) Influenza (14) Insomnia (103) Jangkitan Coronavirus (3489) Jerawat (203) Kahak (122) Kandidiasis (8) Kanser (10) Kebas (306) Kecederaan (3) Keguguran (174) Kehamilan (2445) Kencing Manis (245) Keputihan (816) Keputusan Siasatan (106) Keracunan Makanan (17) Kesihatan Am (3829) Kesihatan Am Wanita (932) Kesihatan Kanak-Kanak (1213) Kesihatan Kulit (89) Kesihatan Lelaki (291) Kesihatan Mental (1035) Kesihatan Rambut (131) Kesihatan Seksual (2709) Ketiak (9) Ketinggian (24) Ketuat (66) Ketumbuhan (3) Kolesterol Tinggi (71) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (101) Kurang Selera Makan (65) Kurap (48) Kutu (7) Lebam (6) Makanan Tambahan (113) Masalah Buah Pinggang (71) Masalah Kencing (1111) Masalah kesuburan (18) Masalah Peluh (87) Masalah Penglihatan (27) Masalah saraf (24) Masalah Tangan Dan Kaki (673) Masalah Tidur (148) Mati Pucuk (375) Migrain (57) Mual & Muntah (192) Mulut Berbau (21) Najis Abnormal (322) Najis Berdarah (189) Pedih Ulu Hati (98) Pelindung muka (5) Pencegahan Koronavirus (69) Pendarahan Coklat (195) Pendarahan Spotting (250) Penerangan Penyakit (260) Penerangan Vaksin (8) Pening Kepala (229) Penuaan (6) Penyakit Hati (1) Penyakit Jantung (260) Penyakit Kelamin (1184) Penyakit Kulit (1877) Perancangan Keluarga (1263) Pil Perancang Kecemasan (612) Pitam (94) Prosedur Perubatan (282) Psoriasis (18) Sakit Badan (737) Sakit Belakang (230) Sakit Dada (1220) Sakit Kepala (1498) Sakit Leher (30) Sakit Lutut (201) Sakit Mata (419) Sakit Mulut (107) Sakit Otot (73) Sakit Payudara (485) Sakit Perut (1872) Sakit Pinggang (268) Sakit Sendi (7) Sakit Tekak (676) Sakit Telinga (108) Sakit Tulang (203) Sakit Tumit (81) Selsema (62) Selsema burung (4) Sembelit (137) Sendawa (55) Sesak Nafas (937) Sifilis (115) Sinusitis (40) Strok (50) Tidak Datang Haid (227) Tidur Berdengkur (10) Tiroid (205) Tonsil (100) Trauma (15) Ubat-Ubatan (739) Ujian Kehamilan (682) Ulser mulut (34) URTI (107) Vaksin COVID-19 (744) Vitamin dan Nutrisi (115) Wabak bubonic (4)