
Sulit
4 tahun
Adakah saya ada masalah kesihatan mental?
saya remaja 18 tahun . Saya malu nak cerita tapi rasanya kat sini je boleh dapat penjelasan . Saya selalu sedih tanpa sebab . Puncanya daripada saya always rasa kurang yakin dengan diri sendiri , insecure . Sejak sekolah rendah , saya dikatakan tak cantik sebab ada parut di tangan . Then , adik beradik saya selalu cakap yang saya tak cantik dan perlekehkan saya. Sampai satu tahap , saya dah tak percaya bila orang puji saya cantik . Saya jadi takut untuk ambil gambar dgn orang lain sebab tak yakin dengan diri sndiri . Then , normal bagi remaja utk sedih bila putus cinta. Jadi lebih teruk bila saya start salahkan diri sendiri , kata diri sendiri tak layak bahagia sebab banyak kekurangan . Pernah terfikir tentang suicide . Kebelakangan ni ada masalah susah nak tidur , selera makan pun dah kurang . Setiap hari saya jalnkan rutin harian macam biasa , tapi selalu rasa sedih . Tapi tak tahu sebab nya . Boleh jelaskan ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas keterangan dan soalan yang ditujukan.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini boleh dirawat dan dikawal sekiranya anda patuh kepada arahan doktor yang merawat anda. Untuk mengetahui anda mengalami kemurungan atau tidak, persoalan lanjut perlu ditanya kepada anda.
Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.