
farah240794
5 tahun
Adakah saya boleh hamil?
Saya berusia 20an sy ingin bertanya adakah sy boleh hamil jika last 5hb sy melakukan hubungan seksual dan selang sehari sy period … dan sy melakukan kmbali pada 21hb kerana skrg sy berasa tidak sedap perut…adakah itu tanda sy boleh hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, biasanya darah haid akan turun menandakan tiada implantasi embryo yang berlaku. Gejala tidak sedap perut yang puan alami tidak semestinya menandakan hamil kerana pelbagai punca lain boleh menyebabkan gejala sakit perut, seperti:
- Keracunan makanan
- Alahan terhadap makanan seperti produk tenusu
- Sembelit
- Gastrik
Tanda-tanda kehamilan biasanya tidak muncul seawal beberapa hari selepas anda melakukan hubungan seksual. Anda boleh melakukan ujian kehamilan sekiranya anda tidak datang haid atau terdapat tanda-tanda kehamilan yang lain untuk mendapatkan kepastian.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk keterangan lanjut. Terima kasih.