
dilamdnor
2 tahun
Adakah saya gugur? ada cecair merah keluar pagi ini
saya wanita yang merancang untuk hamil kali kedua,
period saya teratur… bulan ini sy period 9 hari bulan…
dan bersama dengan suami pada tarikh kesuburan saya
tetapi pagi ini… ada darah keluar cecair merah… saya tidak pernah period dalam sebulan 2 kali… ini pertama kali
adakah itu period atau saya gugur?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi.
Untuk menjawab secara am nya, terdapat beberapa sebab anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan.Antaranya ialah:
Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal.
Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen.
Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
Pendarahan postkoital adalah pendarahan vagina selepas hubungan kelamin. Ia adalah normal semasa kehamilan.
Namun, pendarahan ini mungkin juga disebabkan oleh punca-punca yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Sebagai contoh, trauma atau koyakan di dinding faraj, dan beberapa jenis jangkitan boleh menyebabkan pendarahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, puan amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.