Sulit
4 tahun
Adakah saya hamil tanpa pengetahuan?
Saya seorang suri rumah dan sudah memiliki 2 orang anak. Saya merancang kehamilan dengan kaedah suntikan dan sepanjang menggunakan perancang kehamilan ini saya tidak akan datang haid dan itu adalah perkara biasa kata jururawat yang memberikan perancang kehamilan kepada saya dan saya tidak mengalami apa apa masalah kesihatan sepanjang menggunakan perancang ini… baru baru ini sehingga kini saya perasan yang bau air kencing saya berbau seperti bau air kencing semasa saya hamil dulu… adakah bau air kencing itu boleh menentukan kehamilan dan adakah saya hamil tanpa saya sedari?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Untuk pengetahuan puan penggunaan suntikan perancang keluarga sememangnya akan mengganggu kitaran haid wanita. Untuk kitaran haid kembali normal memerlukan waktu atau bagi sesetengah individu rawatan yang khusus oleh doktor. Namun secara umumnya keberhasilan suntikan perancang hanya berlaku sehingga 3 bulan daripada tarikh suntikan tersebut.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Antara tanda dan gejala awal kehamilan termasuk:
- Mual, muntah & mengidam
- Cepat letih & mengantuk
- Sakit atau pening kepala
- Lebih kerap buang air kecil
- Haid terlambat
- Cairan keluar dari kelamin
- Suhu tubuh meningkat
- Kejang perut
- Sering berdebar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi rahim yang sebenar atau kesihatan anda secara keseluruhan, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul, atau ke klinik/hospital untuk melakukan saringan awal. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.





























