Sulit

2 tahun

Darah haid tidak datang seperti biasa

Hi doc, saya nak tanya berkenaan period saya yang dtg tapi cuma tompokan coklat. 3/01 dah datang tapi 26/02 datang jugak sama seperti 3/01. Sy tak pasti sama ada tu period ataupun darah implantasi. Sy cek upt skjp positif tapi samar slps beberapa jam. Bila cek lagi negatif pulak. Sblum kahwin sy tak pernah alami masalah mcm ni. Period sy dtg dgn teratur shj. Boleh doc terangkan? Sy keliru dan tak pasti sama ada ini tanda hamil atau sebaliknya. Jika tidak dpt penjelasan sy risau untuk lakukan apa2 aktiviti yg lasak. TQ doc

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, haid anda tiba-tiba tidak teratur dan bertompok coklat, dan ujian UPT samar. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk makluman pihak anda, haid boleh menjadi tidak teratur dan ini disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Ketidakseimbangan hormon
  • Gangguan tekanan
  • Senaman yang berlebihan
  • Berat badan yang tidak seimbang
  • Pengaruh ubat perancang kehamilan
  • Kehamilan

Untuk ujian UPT, anda harus menyemak keputusan dalam jangka masa yang ditetapkan dalam bungkusan - biasanya keputusan dibaca dalam 10 minit. Apabila melepasi jangka masa yang dicadangkan, keputusan akan berubah. Ini disebabkan oleh faktor seperti sampel air kencing mengering, kelembapan luaran bilik dan lain-lain. Ini akan menyebabkan keputusan awal positif pudar, atau keputusan negatif sebelum ini menjadi positif.

Bagi mengelakkan kekeliruan, saya mencadangkan untuk ulangi UPT dengan kit ujian yang baru dan baca arahan yang dilampirkan pada bungkusan kit ujian. Selepas mendapatkan keputusan, buangkan kit tersebut untuk mengelakkan kekeliruan.

Jika ujian baru positif, saya menyaran supaya jaga kesihatan diri dan merujuk kepada klinik kesihatan terdekat anda untuk diperiksa dan untuk booking (lawatan pertama untuk penjagaan antenatal).

Bagi sebarang pertanyaan selanjutnya atau sebarang gejala yang timbul, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

AdobeStock_466523577%20copy
AdobeStock_233272300%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)