Sulit
3 tahun
Adakah saya layak untuk mendapat vaksin?
Saya merupakan seorang pesakit Toxic Epidermal Necrolysis akibat daripada alahan ubat Carbamezepine. Saya sekarang dalam proses pemulihan kerana saya mula mendapat TEN pada hujung Januari 2021. Jadi saya ingin bertanya adakah saya layak untuk menerima vaksin?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kemusykilan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 setakat ini selamat dan berkesan pada populasi yang telah dikaji termasuk dewasa> 65 tahun. Vaksin mendorong tindak balas imun terhadap protein SARS-CoV-2 . Oleh itu, dapat diramalkan bahawa dos vaksin SARS-CoV-2 adalah lebih selamat untuk pesakit yang pernah atau sedang mempunyai masalah Toxic Epidermal Necrolysis (TEN) mahupun Stevens Johnson Syndrome (SJS) daripada mendapat jangkitan COVID-19 itu sendiri. Namun, terdapat juga pendapat mengatakan adanya potensi reaksi alahan terhadap pesakit SJS/TEN terhadap vaksin tersebut. Penelitian masih dijalankan. Sebaiknya, pesakit perlu mendapatkan nasihat dari pakar atau doktor yang merawat sebelum mendapatkan suntikan, tahap kesihatan individu secara kesuluruhan juga penting untuk diketahui sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini