
Sulit
3 tahun
Adakah saya mempunyai ADHD? Perlukah saya berjumpa doktor?
Saya seorang mahasiswi berusia 22 tahun. Saya mempunyai masalah sukar fokus untuk perkara yang mengambil masa yang lama, sangat mudah marah untuk perkara kecil, tapi masih boleh bersabar dengan perkara besar. Setiap kali saya mendapat tugasan penting, saya akan menyelesaikan perkara lain dahulu. Saya cuba untuk mengubah tabiat tersebut tapi hampir semuanya tidak berjalan dengan baik. Selain itu, saya mudah terganggu dengan perkara lain apabila membuat sesuatu kerja. saya juga selalu tidak menyelesaikan sesuatu kerja kerana hilang minat di tengah jalan. Kesimpulan, setiap kerja yang saya lakukan tidak akan siap dengan baik dan sebahagian tidak pernah siap. Saya juga sangat pelupa dan cuai. Hampir setiap minggu saya cedera apabila menggunakan pisau, selalu lupa perkara penting. Kadangkala ia berulang kali.
Saya selalu berasa sedih kerana anggap diri saya berbeza dari kawan-kawan. Tapi saya tak dapat memberitahu sesiapa kerana takut mereka tidak memahami. Sejak beberapa bulan lalu, saya ada membuat kajian berkenaan penyakit ADHD yang sangat sinonim dengan apa yang saya rasa. Adakah saya perlu membuat pemeriksaan lanjut? Atau ini hanyalah mainan perasaan saya.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami simptom sukar untuk fokus, mudah leka, terganggu dan cuai dalam menyiapkan tugasan penting. Kini anda risau jika simptom berikut merupakan penyakit ADHD. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ADHD (attention deficit and hyperactive disorders) dalam kalangan dewasa zaman sekarang adalah perkara biasa dalam komuniti. Namun, ia sering tidak dikenali atau dirawat. Kami sarankan agar anda menyiapkan soalan ASRS (adult self report scale) bagi mengenal pasti ADHD. Hal ini kerana simptom anda juga boleh disebabkan oleh:
- Autism
- Masalah bipolar
- Kadar gula rendah dalam darah
- Insomnia
Berikut merupakan senarai umum diagnosis anda. Kami tidak dapat memberi nasihat rawatan serta diagnosis tepat mengenai keadaan anda kerana tiada sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri