
Sulit
4 tahun
Adakah saya menghidapi anxiety dan penyakit keresahan yang berlebihan?
Saya perempuan 19 tahun . Saya selalu mengalami keresahan yang teruk sehingga jantung bergerak laju , kadang kadang tangan menggeletar , berpeluh, sukar nak bernafas secara normal , mudah menangis tidak kira stress , dimarahi atau benda yang membuatkan saya rasa takut kerana saya sangat sensitive dan selalu cirit birit atau mengalami masalah perut . Perkara ini selalu berlaku time exam , test atau perkara perkara lain yang membuatkan saya nervous .Saya sukar untuk tidur sekiranya ada hal hal yang tidak menyenangkan saya dan terus berfikir tanpa henti sebelum tidur serta saya juga mempunyai simptom tidak boleh belajar dalam jangka waktu yang lama kerana ia akan membuatkan saya pening dan muntah muntah dan lebih teruk perut menjadi cramp sehingga sukar untuk bergerak kalah senggugut. Saya juga selalu mengalami masalah perut kembung berlebihan sehingga tidak menyenangkan saya . Pernah 2 kali saya masuk hospital kerana cramp perut dan muntah yang teruk sehingga badan saya menjadi lemah . Saya tidak pasti sama ada ia berkait dengan anxiety keresahan saya atau tidak . Simptom ni berlaku sejak saya kecil dan saya takpernah jumpa kaunselor atau doctor untuk sahkan saya ada hidap anxiety disorder atau tak . Sebab saya mengambil ringan tentang simptom ini . Boleh saya tahu betul ke saya menghidapi anxiety disorder berlebihan ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Adrenalin “rush” dari aktiviti fizikal
- Kurang darah merah
- Asma
- Penyakit tiroid
- Penyakit keresahan (“Anxiety Disorder”)
Masalah “Anxiety Disorder” adalah penyakit yang memerlukan penilaian khusus oleh pakar psikiatri kerana rawatannya juga adalah khusus serta berasaskan individu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut di mana-mana klinik berdekatan dan dapatkan surat rujukan untuk berjumpa dengan doktor pakar.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.