
Sulit
4 tahun
Adakah saya menghidapi anxiety disorder?
Salam doktor. Saya seorang wanita 30an. Saya mempunyai masalah kerap sakit kepala, sakit tengkuk dan doctor suspek saya menghadapi migrain dan mungkin ketegangan otot di tengkuk dan beberapa kawasan di sekitar badan. Setelah dikonsultansi doktor menjangkakan saya mungkin menghidapi anxiety disorder. Kadang2 jantung saya berdebar2 dan adakalanya saya rasa berat nak bernafas (heavy chest). Antara simptom2 lain yg develop apabila sy sedang cemas adalah tangan berpeluh, sejuk seluruh badan dan shaky. Saya juga sering mengawalnya dgn exercise kerana sy minat bersukan. Tetapi kadangkala saya selalu rasa sedih tanpa punca dan sering merasa bersalah, rasa semua orang tak sukakan saya dan selalu rasa rendah diri. Saya juga kadangkala sukar mendapatkan semangat dalam memulakan kerja atau sebarang aktiviti. Saya tak tahu dari mana nak mula untuk dapatkan rawatan. dan saya takut dipandang serong sekiranya terlibat dalam masalah kesihatan mental. Terima kasih doktor…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Adrenalin “rush” dari aktiviti fizikal
- Kurang darah merah
- Asma
- Penyakit tiroid
- Penyakit keresahan (“Anxiety Disorder”)
Masalah “Anxiety Disorder” adalah penyakit yang memerlukan penilaian khusus oleh pakar psikiatri kerana rawatannya juga adalah khusus serta berasaskan individu. Sekiranya anda berasa perkara ini berlanjutan serta mengganggu hidup anda, anda boleh berjumpa dengan kaunselor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap secara privasi. Terima kasih.
Jangan risau jika dipandang serong oleh masyarakat kerana anda perlu mementingkan diri anda dalam hal ini. Jaga diri anda baik baik