Sulit
4 tahun
Adakah saya perlu berhenti makan ubat sertraline?
selepas ambil ubat sertraline , suhu tubuh saya jadi panas dan kaki sejuk ,adakah saya perlu berhenti makan? dan tunggu temujanji akan datang untuk beritahu kepada doktor tentang ini?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:
- cirit birit
- berpeluh
- kesukaran untuk tidur
Kesan sampingan yang anda hadapi seperti suhu badan menjadi panas dan kaki sejuk bukanlah sesuatu yang boleh didapati daripada pengambilan ubat tersebut.
Saya tidak boleh membuat keputusan samaada anda perlu berhenti mengambil ubat tersebut atau sebaliknya. Hal ini kerana. doktor yang memberikan ubat tersebut kepada anda sudah semestinya membuat keputusan bahawa masalah kesihatan yang anda hadapi lebih memerlukan rawatan berbanding kesan sampingan ini.
Saya sarankan anda membuat temu janji baru dan lebih awal jika anda merasakan anda gejala yang anda hadapi ini semakin meneruk. Buat masa ini. jangan berhenti mengambil ubat tanpa konsultasi doktor anda yang mempunyai sejarah kesihatan lengkap anda kerana dikhuatiri gejala kesihatan anda akan menjadi teruk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.