
Sulit
3 tahun
Adakah saya pesakit gerd anxiety?
Saya berumur 29 tahun, sejak beberapa hari lepas hingga sekarang saya rasa gelisah, dan sukar benafas. Selepas makan terus muntah. Saya juga mengalami masalah tidur. Atas perut rasa kurang selesa. Pergi hospital cek jantung semua ok, darah pun ok. Saya juga merasa lesu dan hilang selera makan. Tak ada demam dan batuk. Kepala kerap keluar peluh walau pun berkipas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk saya membuat kesimpulan sama ada ia adalah normal atau anda mengalami masalah anxiety. Hal ini kerana sebelum sampai ke diagnosis, terdapat banyak soalan yang harus diajukan, pemeriksaan serta mengambil kira diagnosis lain sebelum membuat kesimpulan ianya adalah masalah anxieyt. Bukan itu sahaja, anda harus diperiksa oleh doktor pakar yang berkaitan sebelum diagnosis dibuat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh terlebih dahulu berjumpa dengan doktor di klinik. Mereka akan memeriksa anda terlebih dahulu sebelum merujuk anda kepada doktor pakar sekiranya perlu.
Buat masa sekarang, antara langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengalami gejala sesak nafas adalah, deep breathing .
- Duduk atau berbaring dalam keadaan selesa.
- Letakkan sebelah tangan di perut di bahagian bawah tulang rusuk anda dan sebelah tangan yang lain di dada anda.
- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung anda, dan biarkan perut anda kembung dan pastikan dada anda tidak bergerak.
- Hembus nafas melalui bibir yang dikerutkan seolah-olah anda bersiul. Rasakan tangan di perut anda menurun ketika perut anda kempis, dan gunakan tangan untuk mengeluarkan semua udara keluar.
- Lakukan pernafasan ini 3 hingga 10 kali secara perlahan-lahan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.