Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah SLE boleh dirawat dan akan pulih sepenuhnya

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 11, 2020 12:24 PM

Sulit 2 bulan

Hai doktor saya nak tanya…adik saya telah menghidap penyakit SLE…adakah penyakit SLE boleh dirawat dan adakah ianya akan kekal atau boleh pulih sepenuhya penyakit SLE ini…harap doktor dapat membantu…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 9 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman anda, penyakit SLE ataupun dikenali sebagai Systemic Lupus Erythematous merupakan penyakit auto imun yang menyebabkan imun badan kita untuk merembeskan antibodi untuk menyerang sel-sel dan tisu yang sihat dalam badan kita, menyebabkan keradangan pada organ-organ yang berlainan.

SLE merupakan penyakit kronik yang bercirikan relapse and remitting dimana penyakit ini boleh disembuhkan dan datang kembali, bergantung kepada kesihatan adik anda secara amnya. Pada mulanya, adik anda mungkin akan diberikan rawatan untuk melegakan simptom-simptom terlebih dahulu, dan kemudian akan diberikan rawatan yang lebih khusus.

Berikut merupakan kemungkinan rawatan yang diberikan di hospital:

  • Ubat mengawal keradangan pada sendi dan kulit untuk mengurangkan simptom keradangan
  • Ubat steroid untuk mengawal aktiviti imun badan adik anda
  • Ubat yang mengawal imun badan dengan kesan sampingan imun terbantut yang minima, seperti Anti-malaria (Hydroxychloroquine)
  • Corticosteroid, iaitu sejenis ubat steroid
  • Ubat anti-reumatik seperti DMARDs (Disease modifying antirheumatic drugs) seperti Cyclophosphomide dan Methrotrexate (MTX) bagi mengawal imun badan
  • Ubat-ubat lain seperti analgelsik untuk tahan sakit.

Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.

Ubat-ubat yang disebut di atas hanyalah ubat-ubat am yang diketahui untuk merawat penyakit SLE. Kami tidak sarankan anda untuk memberi adik anda makanan-makanan asing seperti herba untuk merawat penyakit ini di rumah. Sila berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.

Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih

Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).

Dikemaskini pada: Fri Sep 11 2020 12:24:55 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang penerangan penyakit secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19