Sulit

23 bulan

Von Willebrand Disease

Saya remaja 17 tahun yang hampir ke 18 tahun pada jun ini. Saya telah mengalami pendarahan yang berlebihan semasa haid dan telah pun dimasukkan ke wad hospital pada 7/5. Pada 10/5 saya telah di discaj kan dengan hasil diagnosis dari doktor mengatakan saya mempunyai symptomatic anemia akibat daripada pendarahan berlebihan dan penyakit darah Von Willebrand Disease. Soalan saya, bagaimanakah saya mungkin dapat penyakit ini? kerana dalam keluarga saya tiada seorang pun yang mempunyai penyakit darah seperti ini dan lain-lain. Ayah saya hanya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis manakala jbu pula memiliki darah tinggi. Dan soalan seterusnya ialah adakah penyakit ini akan menjejaskan kehidupan seharian saya? Penyakit ini tidak sama dengan hemofilia bukan? Doktor ada bertanya tentang simptom-simptom seperti gusi berdarah ketika menggosok gigi, mudah mendapat lebam di anggota badan, hidup berdarah dengan kerap tetapi saya tidak pernah merasakan ini semua dan hidung saya berdarah hanya setahun sekali selalunya. Saya mohon doktor untuk berikan pencerahan.

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Anda berminat untuk memahami lebih lanjut tentang von Willebrand disease(vWD)
von Willebrand disease merupakan sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan masalah pembekuan darah. Anak-anak tanpa mengira seks berkemungkinan sebanyak 50% menjadi pesakit sekiranya salah seorang daripada ibu bapa mempunyai penyakit ini.

Untuk penyakit hemofilia, penyakit ini juga penyakit keturunan yang menyebabkan gejala yang hampir sama dengan vWD. Namun, pesakit hemofilia biasanya lelaki disebabkan gene pembawa daripada ibu. Sekiranya seseorang ibu membawa gen hemofilia, anak perempuan berkemungkinan 25% menjadi pembawa gen manakala anak lelaki berkemungkinan 25% menjadi pesakit hemofilia.

Penyakit vWD selalu didiagnosa dengan kombinasi sejarah keluarga, gejala penyakit dan bacaan darah keseluruhan.
Secara umum, gejala penyakit ini disebabkan proses pembekuan darah yang lebih lambat daripada orang biasa, termasuk tempoh sembuh yang lebih panjang untuk cedera kecil, lebam-lebam badan tanpa sebab, pendarahan berat semasa gosok gigi atau haid dan selepas prosedur perubatan. Anda boleh merujuk kepada doktor untuk ujian darah secara lebih lanjut untuk mencari punca pendarahan hidung dan pendarahan haid yang tidak terkawal.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

AdobeStock_401612878

AdobeStock_442248836

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)