
Sulit
4 tahun
Adakah sy hamil?mengalami simptom hamil tetapi upt makin samar
Assalam@salam sejahtera dr.
Sy berumur 38 thn.sy mengalami simptom2 hamil spt mabuk pening & muntah gatal2 di bhgian perut…tarikh akhir period 29.10.2020 pd 2.12.2020 sy test upt sdiri,naik 2 line tapi samar,5hb cek 2line tp lebih terang dr sebelumnya.persoalannya bile sy ulangi upt khamis lepas line ke dua hampir tidak kelihatan…tp perut makin terasa ade denyutan & rase mengah walaupun sedang duduk.bile kah masa yg sesuai utk sy membuat pemeriksaan lanjut di klinik@ kk

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kondisi tubuh yang telah mendapat hasil tes UPT yang berbeza (lebih samar dari yang sebelumnya).
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Yang pasti, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat saringan kehamilan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.