
bubusyra
4 tahun
Adakah wanita akan menjadi lebih subur selepas keguguran?
Sy berusia 31 tahun dan ni kehamilan pertama sy. 2 bulan yg lalu sy baru melalui proses bersalin secara normal pada usia kandungan 6 bulan akibat dr anak meninggal dlm kandungan. Pd hr ke 32 berpantang, terdapat cecair darah yg keluar seperti period. Adakah itu darah period atau nifas? Disbbkan pada minggu ketiga selepas bersalin tiada cecair darah yg keluar lg. Benarkah selepas keguguran peluang utk hamil adalah lebih tinggi? Atau sekadar mitos utk menyedapkan hati sahaja.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masa nifas adalah rentang waktu yang berlangsung selama 6 minggu (42 hari). Oleh itu, darah yang keluar hari ke 32 masih dikira dalam waktu nifas. Dijangkakan anda akan mengalami haid selepas 6 minggu daripada tarikh keguguran.
Anda boleh mengalami ovulasi iaitu mengeluarkan ovum untuk persenyawaan sseawal 2 minggu selepas keguguran, namun dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seks selama 2 minggu selepas keguguran untuk mengelakkan daripada kesakitan dan komplikasi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.