
azieraaaa17
5 tahun
Air kecing mengandungi protein
saya gadis berumur 19 tahun telah melakukan ujian air kencing dan air kencing berkenaan mengandungi protein tetapi sy tidak mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, kandungan protein dalam air kencing bukanlah petanda seseorang itu mengandung. Sebaliknya, kandungan protein dalam air kencing adalah petanda terjadi keradangan atau kerosakan di buah pinggang akibat dari pelbagai kondisi. Antaranya:
- dehidrasi
- stres
- sejuk
- demam
- senaman berat
- diabetes
- tekanan darah tinggi
- glomerulonephritis - sejenis keradangan komponen buah pinggang biasanya akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.