
Sulit
4 tahun
Air kencing ada lapisan putih
Sy wanita umur 34 thn.dlm beberapa bln ini tiap bgn pagi buang air kecil ada lapisan putih seperti minyak.sy sdh ke doktor tapi masih sama.apa yg patut sy buat?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebetulnya kencing yang mempunyai lapisan putih yang anda perhatikan adalah bersifat subjektif. Justeru, adalah lebih baik sekiranya anda mengenalpasti gejala-gejala lain yang anda alami supaya dapat dilakukan pemeriksaan yang berkaitan dan lebiih tepat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.