
Sulit
5 tahun
Air kencing berbuih jika dijirus air
Saya wanita berumur 23 tahun dan tidak pernah di diagnos penyakit kronik. Pada awal tahun lepas,adik saya di diagnos penyakit buah pinggan dan sedang menjalani dialisis. Jadi sejak itu, saya banyak membaca tentang penyakit buah pinggang. Sejak itu, saya menjadi paranoid dan sering observe jika saya juga mempunyai simptom yang sama. Saya mendapati setiap kali saya buang air kecil, air kencing saya akan berbuih jika saya jirus dengan air. Namun, saya dah pastikan tiada buih terbentuk selepas urinating. Cuma selepas berinstinjak, buih terbentuk walaupun menggunakan air yang tidak laju. Perkara ini berlaku setiap kali saya kencing. Warna air kencing adalah normal dan tiada pendarahan. Saya ingin tahu adakah ini termasuk dalam simptom penyakit buah pinggang atau keadaan ini adalah normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umumnya, kencing berbuih bukanlah satu gejala yang merisaukan. Sekiranya anda khuatir dengan status buah pinggang anda, anda boleh ke klinik atau ke laboratorium berdekatan untuk memeriksa fungsi buah pinggang secara berkala seperti setahun sekali.
Untuk maklumat lanjut, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.