Sulit
6 tahun
Air kencing kluar berserta darah
Saya berumur 24thun,pernah berkawin tpi sudah bercerai dn pernah gugur setahun lebih yang lalu, masalah saya sekarang saya datang period biasanya 7tahun,tapi kali ini period saya datang 10hari,darah berhenti selama 5hari,kemudian darah keluar semula tapi dengan kadar yang medium, dan setiap kali buang air kencing ,darah akan keluar juga.dan kadang2 darah akan turun atas pantyliner, saya refer pada doktor, doktor test air kencing dan buat pad smear,doktor scan tak ade ape pun.dan doktor hanya bagi ubat hormon ,ubat berhenti darah dn ubat ural utix.then tarikh rawatan selajutnya selepas 2bulan .tapi doktor tak cakap apa pun…sebenarnya kenapa dengan masalah saya??saya tak faham lagipula badan saya rasa lemah dan sakit sangat,mayb kesan ubat dn kerana darah keluar lebih daru yang biasa,dan even saya ambil ubat doktor bagi makan habis,dsrah still keluar dari tarikh mula datang sampai sekarang ia berlarutan hampir 2bulan,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh mengulas tentang keputusan yang dibuat oleh doktor anda tanpa sebarang laporan kesihatan anda. Walaubagaimanpun, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































