
pendekarmustang4
5 tahun
Air mani ada darah bila kencing hujung air kencing keluar darah
Hello doktor saya berumur 24 tahun saya punya air mani ada campur darah lepas tu apabila saya kencing dekat hujung air kencing mesti keluar darah saya dah dekat 4minggu kena macam ni dah tiga tempat saya pergi ada yang kata saya kena jangkitan pada buah zakar lepas tu ok, bila saya kencing masih keluar lagi darah dekat hujung air kencing, saya pergi hospital pun dia check saya kena UTI lepas tu ok, selang berapa hari darah tu masih keluar saya dah hilang mood sekarang ni nak pergi hospital sebab dah 3 jenis antibiotik masuk dalam badan tapi darah tu masih keluar apa ye penyakit syaa ni doktor…?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang pada pundi atau saluran kencing
- Radang pada bahagian prostate atau kantung zakar
- Jangkitan pada bahagian yang dinyatakan di atas
- Trauma atau kecederaan pada bahagian pundi, saluran kencing, prostate atau kantung zakar dan juga pada mana-mana bahagian di kawasan pelvik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.