nazrulikhmal95
6 tahun
Air mani berwarna kuning
Saya berumur 24 tahun… Saya mempunyai masalah air mani kuning… Baru tadi saya perasan air mani saya berwarna kuning… Telur saya besar sebelah dan saya rasa telur belah kanan yg besar dan biji telur didalam tu dibawah… Dah lama dh telur saya besar…adakah angin pasang atau sebaliknya… Kadang2 smpai saya rasa senak… Adakah ini salah satu sebab air mani saya kuning? Boleh doktor jelaskan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air mani kuning boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- akibat bercampur dengan air kencing
- akibat pembesaran prostat
- akibat jangkitan saluran kencing (kencing kotor)
- akibat penyakit kelamin seperti Gonorea dan Klamidia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































