
Sulit
4 tahun
Air mazi lelaki terpancut luar/bibir vagina sahaja
hi doc saya wanita 20 an, saya masih perawan tapi adakah air mazi lelaki boleh menyebabkan mengandung? hanya terkena luar bibir vagina sahaja? bukan di dalam , adakah boleh menyebabkan mengandung?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pegetahuan anda, jika anda melakukan hubungan seks, kemungkinan untuk mengandung masih ada walaupun pasangan anda tidak pancut ke dalam. Hal ini kerana terdapat kemungkinan sperma boleh didapati dalam cecair pre-cum (air mazi).
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am dalam hal ini, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.