Sulit
3 tahun
Airliur Basi berbau busuk
Doc. Saya mengalami kerap keluar airliur Basi ketika tidur. Airliur berbau sangat busuk.apakah ubat untuk Saya Doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, mulut anda akan menjadi kering apabila anda tidur. Dengan keadaan ini, bakteria yang menghasilkan bau mulut akan membiak dengan lebih banyak. Bakteria ini menghasilkan sulfur yang berbau busuk. Oleh itu, ini adalah perkara yang normal. Langkah yang boleh anda lakukan ialah memberus gigi sebelum tidur. Ubat tidak diperlukan untuk ini melainkan anda mengalami masalah mulut berbau pada waktu siang atau dipanggil ‘halitosis’.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.