
Sulit
3 tahun
Akibat pada ibu yang merancang kehamilan amek vaksin
apa akibat yang saya dapat setelah amek vaksin… sedangkan saya tengah merancang untuk hamil… dan belom smpai lagi waktu period

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda ingin mengetahui jika vaksin COVID-19 menganggu perancangan anda untuk hamil dan apakah risiko yang boleh berlaku, adakah ini betul? Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, setakat ini tiada masalah yang serius untuk meneruskan perancangan untuk hamil.
Kesan sampingan yang boleh berlaku selepas melengkapkan dos vaksin adalah mengalami demam yang boleh berlaku dalam beberapa hari. Secara amnya, demam yang teruk boleh menyebabkan risiko kepada keguguran dan masalah pada kelahiran.
Jika anda inginkan kepastian dan pandangan lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini