
Sulit
5 tahun
Alat kelamin melecet
Hello doktor alat kelamin pada bahagian kepala zakar saya mengalami lecet yang terok sehingga mengeluarkan nanah. Tetapi saya dapati seluar dalam tak lah terlampau ketat…makin hari makin merebak hingga satu kepala zakar saya…rasanya sangat sakit apabila bersentuhan dengan kain walaupun sedikit…kemudian bahagian skortum saya rasa gatal dan luka terhasil…bolehkah saya tahu apakah cara mengatasi masalah ini, kenapa penyakit ini berlaku dan ubat apakah yang perlu saya ambil untuk sembuh kan lecet nanah dan gatal tersebut. Diharapkan dr menjawab terima kasih…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang dialami pada zakar dan testis anda boleh disebabkan:
- Alahan kulit - seperti pada sabun atau kain seluar dalam
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia sekiranya pernah melakukan persetubuhan
- Jangkitan saluran kencing
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada doktor kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.