Sulit

2 tahun

Hsv1 simptom pda kemaluan

Sy lelaki. Disahkan hsv1. Simptom pd kemaluan… Gtal2. Nyilu… Kdg2 rsa sakit… Load 29.6…boleh ke menjngkiti org lain melalui sentuhan terus. Wlaupon saya tiada luka2 lepuh2 di badan… Sy diberi zirax utk 5hari…5x sehari. Tp rsa gtal msih ada. Apa ubat yg sesuai boleh saya beli dari doc on call

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda telah dijangkiti virus HSV-1 dan mengalami kegatalan dan sakit pada bahagian kemaluan. Anda juga memaklumkan bahawa anda sedang mengambil rawatan untuk jangkitan tersebut dan ingin mengetahui jika anda boleh menyebarkan virus tersebut melalui sentuhan. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat 2 jenis virus HSV, iaitu HSV-1 dan HSV-2. HSV-1 biasanya dilihat pada jangkitan mulut dan HSV-2 dilihat sebagai jangkitan kelamin. Namun, jangkitan kelamin dengan HSV-1 boleh juga berlaku. HSV boleh terjangkit melalui kontak air liur seperti berkongsi makanan atau minuman, dan bercium. Selain itu, ia juga boleh tersebar melalui kontak dengan luka/ulser mulut dan kelamin. Di samping itu, HSV juga boleh disebarkan melalui hubungan seksual. Walaupun anda tidak mempunyai luka yang melepuh, anda masih boleh menyebarkan virus tersebut. Kami menasihatkan anda untuk terus mengambil ubat tersebut seperti yang dinasihakan oleh doktor anda. Jika simptom anda masih berterusan, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih bersesuaian untuk anda. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.

andre-hunter-p-I9wV811qk-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)