Sulit
4 tahun
Anak 2 tahun setengah selalu muntah
Saya bapa kepada anak 2 tahun setengah. Dia aktif bermain. Cuma bila terlalu penat, dia mesti akan muntah. Perkara ini selalu terjadi. Tapi dia takde menunjukkan tanda lesu. Lepas muntah, dia masih nak sambung bermain.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dehydrasi yang bermaksud kekurangan air dalam badan disebabkan oleh kekurangan minum air dan juga kehilangan air badan dengan berpeluh banyak. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan ketidakseimbangan mineral seperti sodium atau potassium dan seterusnya menyebabkan muntah.
- Semasa bermain atau melakukan sebarang sukan, tekanan akan membentuk dalam rongga perut. Dalam sesetengah individu, mereka akan muntah kerana tidak boleh menahan tekanan dalam perut yang menekan pada organ seperti perut.
Jika anak anda sihat, ini bukan sebarang masalah yang serius. Apa yang anda perlu buat hanya memberi air yang mencukupi kepada anak anda sebelum dan selepas main untuk mengelakkan dehidrasi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.