
Sulit
5 tahun
Anak cirit birit dan kelihatan darah. Masih aktif dan masih bermain dengan abangnya
sofea 1y11m @5th april ni nanti. Still fully bf
26hb - dia cirit2 dan demam. Ada muntah sekali
27hb sampai 29hb- sy bawa pi klinik swasta, doc suspect food poisoning. Still demam dan cirit2. Bagi bubur nasi
30hb - dah baik demam, cirit tak de tapi still poo2 cair. Dah makan nasi
31hb - dedor dan poo2 cair. Dalam sehari 3x poo2. Bagi bubur nasi
Start malam tadi dedor balik tapi suam2. Then subuh tadi cirit lagi penuh 1 pempes. Then kol10 ni tapi sekali lagi cirit & penuh pempes. Poo2 dia macam gambar bawah ni. Mcm ada darah. Kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cirit birit pada anak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus
- Alahan makanan
- Minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- Selsema
- Antibiotik
- Keracunan makanan
- Kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
Seandainya anak anda mulai lemah, kurang aktif, muntah-muntah serta tidak lalu makan, dan gejala tambahan lain, sebaiknya segera dibawa ke doktor untuk dirawat lanjut kerana dikhuatiri terjadi dehidrasi akibat berak berterusan. pendarahan pada najis memerlukan rawatan segera. Sila bawa anak anda berjumpa dengan doktor di hospital segera. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.