mottady
6 tahun
Anak dalam kandungan kurang aktif bergerak
Isteri saya berumur 28 tahun sedang mengandungkan anak sulung kami (7 bulan)
Pada hari ini dia memberitahu bayi dalam kandungan kurang aktif bergerak tidak seperti sebelum ini. Kami pergi ke klinik panel, sebuah klinik swasta untuk ibu mengandung. Hasil didapati bacaan jantung normal , kandungan air ketuban juga normal. Setakat petang ini dalam pukul 5, isteri beritahu dalam 6 kali bayi menendang.
Cuma sebagai seorang yang menantikan anak pertama, tiada pengalaman lagi, bolehkah Dr bagi sedikit pendapat atau nasihat kepada kami mengenai kes bayi kurang aktif bergerak tidak seperti sebelum2 ini? kerisauan tetap ada.
Terima kasih Dr
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan penerangan di atas, anda bertanyakan apakah punca bayi atau janin kurang aktif
- Bayi sedang tidur
- anda dehidrasi dan kurang cecair dalam badan
- janin kurang oksigen kerana tali pusat terlilit
- sekatan pertumbuhan janin
- kekurangan plasenta
- jangkitan intrauterin
- kelahiran pramatang
- kecederaan otak perinatal
- perkembangan saraf terganggu
- induksi kelahiran
- kematian janin
- kematian neonatal
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.





































