
maryaqab03
5 tahun
Anak demam malam dan selsema
Doc saya seorang ibu yang merasa resah mengenai kesihatan anak kedua saya yang berumur 2tahun 6bulan. Baru-baru ini anak saya dimasukkan ke wad selama 2hari disebabkan suhu 39c demam yang tidak turun walaupun sudah diberi makan ubat. Di hospital doktor hanya mengatakan bahawa anak saya hanya dijangkiti virus. Selang sehari keluar dari wad anak saya diserang demam malam, hari ini sudah masuk hari yang kedua anak saya demam malam termasuk selsema, padahal pada waktu siang anak saya boleh dikatakan sihat, boleh bermain seperti biasa. Saya masih memberi ubat demam dan ubat selsema yang dibekalkan oleh hospital kepada anak setiap 6jam walaupun disiang hari. Pada waktu malam saya sentiasa basahkan/sejukan badan anak dengan kain basah untuk turunkan suhu badan supaya suhu tidak meningkat tinggi. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan untuk anak saya, perlukah saya pergi ke hospital pada waktu anak demam atau waktu siang hari? Apakah perkara2 lain yang patut saya lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam malam pada anak yang berlanjutan selama seminggu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Demam tifoid
- Demam denggi
- Demam malaria
- Demam chikungunya
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Nasihat saya agar anda menggunakan termometer untuk mengukur suhu tubuh anak anda. Sekiranya suhu tubuh anak melebihi suhu normal 37.5, silakan untuk merujuk ke doktor.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.