
Sulit
4 tahun
Anak eczema sekarang badan ada kesan melepuh dan demam
Anak saya eczema, badan ada kesan melepuh dan sekarang dia demam panas adakah itu normal doc, anak saya berumur 5 tahun

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda sebagai seorang ibu. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Secara umumnya terdapat kesan melepuh pada anak kecil yang disertai dengan demam panas boleh disebabkan oleh:
- alahan kulit akibat cuaca, suhu, haba, habuk, dll.
- jangkitan virus (i.e. varicella, demam campak, measles, dll.)
- komplikasi eczema yang muncul kembali
- dermatitis kontak iritasi
- facial erythema
- faktor kuman atau kebersihan
- gangguan akibat kulit berpeluh
- tanda tanda awal gangguan ruam yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anak anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan dari pihak kami terlebih dahulu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar puan mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital secepatnya. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.