
Anonymous
5 tahun
Anak mempunyai pletlet sangat tinngi
saya ibu yang mempunyai anak tinggi pletlet. anak pertama semasa umurnya berusia 1 bulan bacaan bagi pletletnya ialah 600 dan semasa umur 1tahun lebih bacaan bagi pletletnya melonjak ke angkah 3000 lebih. saya juga telah pergi pemeriksaan dokter, dokter meneruskan dengan hanya melanjutkan pemeriksaan secara berkala. namun, pletlet anak saya dari 3000 lebih turun ke 1000 lebih pada hari yang telah dokter tetapkan untuk pengambilan darah yang seterusnya. dari segi pemerhatian saya, anak saya membesar secara normal dan tidak menunjukkan symptom2 yang mencurigakan. berat normal, pembesaran normal, kecerdasan fizal pun normal. namun yang mengusar kan hanya pletlet darahnya yang sangat tinggi. saya ingin meminta pendapat daripada dokter, adakah darah bagi anak saya akan normal dan apakah langkah yang perlu saya lakukan untuk menurunkan pletletnya. untuk pengetahuan dokter juga, anak kedua saya yang lahir pada tahun 2019 juga mempunyai pletlet 500 lebih semasa umur 1 bulan. adakah ini normal? minta pencerahannya dokter…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, bacaan normal bagi platelet manusia adalah antara 15000 ul - 45000 ul. Berdasarkan keterangan puan, saya kurang pasti unit bacaan platelet yang digunakan, oleh itu adalah sukar untuk saya membuat kesimpulan sama ada bacaan tersebut adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Sekiranya anda telah membuat pemeriksaan dengan doktor bagi anak-anak puan dan tiada rawatan diberikan dan anak-anak puan membesar dengan sihat dan normal, maka tiada apa yang perlu dirisaukan dan teruskan pemantauan berkala dengan doktor tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila rujuk kepada doktor dengan segera seperti pendarahan yang berpanjangan atau gejala lain yang membimbangkan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.