
Sulit
5 tahun
Anak meragam dan melakukan perkara berulang
Anak perempuan saya berumur 12 tahun.dia cepat runsing dgn adik lelakinya berumur 6 tahun dan akna mengelak daripada bertemu dengan adiknya.jika berselisih,dia akan cepat2 membasuh tangannya atau pakaian nya ditukar.kadang2 hungga 3 helai sehari.kadang2 dia ok bermain dgn adiknya,kdg2 dia runsing.adakah dia ocd?saya perlu bawa dia berjumpa drngan siapa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap cuci tangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit obsessif kompulsif
- personaliti obsessif kompulsif
- masalah psikiatri lain yang boleh datang dengan masalah obsessif kompulsif
Berdasarkan aduan anda, diagnosis yang berkemungkinan tinggi adalah masalah obsessif kompulsif.
Namun, untuk mendapat diagnosis obsessif kompulsif, terdapat beberapa kriteria seperti berikut :
- Fikiran yang berulang dan kerap yang menyebabkan keresahan dan ketegangan. (obssesif)
- Pesakit cuba menenggelamkan fikiran itu dengan sesuatu tindakan yang berulang seperti mencuci tangan, mengira, menyebut perkataan.
(kompulsif) - Tindakan ini bertujuan untuk mengurangkan keresahan yang dialami oleh buah fikiran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.