Sulit
4 tahun
Anak meragam malam sebab ruam
saya bapa kepada anak saya berysia setahun 3bulan. selasa lepas 3/9/19 balik dari kedah ke kL anak saya demam panas 38°c. saya terus bagi ubat sapitory. esoknya pagi suhu turun 36.sy stop dh bg ubat. lepas 2 hari anak saya naik ruam gatal2. sy sapu celamine lotion smpai harini dh brkurangan tapi dia meragam setiap malam bangun tidur terus tak nak tidur menangis.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, masalah anak anda perlu dirujuk ke klinik atau hospital. Demam panas berserta ruam boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya:
- Demam denggi
- Demam campak
- ‘Kawasaki disease’ dan sebagainya
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.