
mrsainhafizal
6 tahun
Anak panas badan on off
Hi…sy nak tanya,adakah bahaya kalau badan anak biasa panas on off…masuk hari nie da hari ke 4…suhu biasa sy check sekitar 37-39(hampir 40)…bila panas,anak jd x aktif…bila da kurang panas or x panas,anak aktif mcm biasa…setakat nie apa yg sy perhatikan,anak mcm batuk2 sikit tp sgt2 jarang…dada nafas semua ok cuma ada 1 masa tu je nampak mcm anak bernafas laju sikit sbb panas…after da ok,semua ok balik…
Nak bawa ke hospital pun fikir banyak kali sebabnya time nak bawa,semua normal mcm x sakit or demam…
Ada sebab2 lain ke??or hanya di sebabkan cuaca??
Tq doczx

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Perubahan cuaca atau iklim yang sejuk dan panas boleh menyebabkan badan kita lebih mudah terkena jangkitan kuman. Jangkitan virus akan menyebabkan simptom ini berpanjangan seperti yang diterangkan oleh anda. Oleh itu, adalah baik jika kita membincangkan apa yang anda boleh lakukan di rumah untuk merawat demam anak anda.
Antaranya:-
- Galakkan anak minum air yang banyak. Namun, air seharusnya tidak mengandungi elektrolit dan glukosa yang diperlukan. Pilihan lain yang anda juga boleh gunakan adalah banyakkan memakan makanan seperti sup ayam, Pedialyte, dan minuman rehidrasi lain yang terdapat di kedai runcit atau kedai farmasi.
- Seorang kanak-kanak perlu membuang air kecil yang berwarna jernih sekurang-kurangnya setiap empat jam jika terhidrat dengan baik.
- Jika cirit-birit atau muntah menghalang anak-anak daripada penghidratan yang baik, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
- Pastikan suhu badan anak anda berada pada paras yang baik iaitu di bawah 38 darjah selsius.
- Jika anak anda enggan minum atau mempunyai perubahan terhadap berat badan atau selera makan, sila dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
Jadi, saya nasihatkan anda untuk sentiasa peka dengan perubahan keadaan anak anda dan sila rujuk dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!