Sulit

2 tahun

Mudah sakit, demam waktu malam, gatal gatal, cepat penat

Saya perempuan berusia 23 tahun dan belum berkahwin. Saya tak pernah check darah saya untuk tahu kesihatan saya kerana tak sempat. Saya selalu demam waktu malam dalam suhu 37.0-37.2. Dalam masa sama, saya sakit tekak, sakit kepala dan sakit telinga, badan saya pun seram sejuk banyak kali menyebabkan bulu roma saya naik dari muka sampai kaki. Hidung berair sekejap2. Waktu saya demam, kalau saya buang air besar, saya akan rasa mual dan penat. Selain itu juga, badan saya selalu rasa penat, penat sampai nak buat apa apa dan nak bercakap pun penat, kalau bercakap, rasa macam mengah dan tak larat ( nak senyum pun penat). Dalam masa sama saya selalu atau kata lain sangat kerap bernafas dari mulut sebab saya rasa bernafas dari hidung tak cukup seolah olah sesak nafas. Jantung saya juga kerap laju waktu saya susah nak bernafas. Saya kerap sakit dada. Kadang2 sakit dada bahagian depan, kadang2 sakit dada bahagian belakang, setiap kali saya pi klinik, doktor selalu kata yang saya mengalami angin. Pada waktu tu saya tak ada angin, saya cuma rasa sakit dada dan susah bernafas dengan teruk. Dalam masa sama juga, rambut saya gugur dan rontok, pegang saja terus gugur, perkara ni pertama kali terjadi pada saya sebab sebelum ni rambut saya tak pernah rontok, sekali belai rambut dengan lembut seperti yang diarahkan pun tetap gugur, bukan sikit, sekali gugur terus banyak. Badan saya sentiasa gatal gatal terutama di bahagian tangan dan kaki. Saya juga pernah buat garis kat tangan guna kuku , saya tekan(perlahan sahaja) tapi garis dia timbul dan merah macam kena garis dengan benda tajam. Saya pun pelik, jadi saya cuba la lagi tekan guna kuku saya perlahan sahaja bagi nampak garis tu, tetap samaaa naik merah macam bintat. Sedangkan kawan saya tak naik teruk ( tak naik langsung merah) macam saya. Seterusnya, Kaki saya juga selalu kebas dan rasa kesemutan, perkara ni kadang2 berlaku bila saya duduk lama sama ada di atas kerusi atau lantai, waktu berdiri pun ada. Untuk pengetahuan dr, saya juga ada angin dalam badan dan migraine. Bibir saya ada kering sangat2 dan menyebabkan luka pada hujung bibir kiri dan kanan (saya juga baru lepas cabut gigi geraham atas) jadi saya rasa bibir saya kering sebab cabut gigi. Betulkan saya jika saya salah. Dan boleh saya tahu kenapa saya boleh jadi macam ni ? Harap doktor dapat jelaskan kepada saya. Terima kasih. Saya harap doktor paham apa yang saya cuba jelaskan.

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
  • Migrain
  • Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
  • Sakit kepala sinus(Sinus headache)

Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:

  • Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
  • Pandangan kabur
  • Pitam
  • Sawan
  • Muntah pada waktu pagi
  • Hilang berat badan mendadak

Bagi masalah rambut gugur, ia boleh disebabkan perkara berikut:

  • Genetik
  • masalah hormon
  • tekanan emosi (juga boleh menyebabkan sakit kepala)
  • kesan sampingan ubat-ubatan (Kemoterapi)

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.

Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_282720917_Preview

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)