
Sulit
4 tahun
Anak sembelit dan kerap membuang air besar
hi doc, ank sy berumur 1 tahun dan kami baru sahaja tukar susu kepada susu similac gold. makan seperti biasa. tapi setelah tukar susu, sy mula perasan anak sy buang air besar sedikit keras, mula meneran ketika buang air besar. kadang2 hanya buang sedikit tetapi dalam 2 hingga 3 kali sehari. adakah itu normal? mengikut panduan pd tin susu tu, jumlah yang disyorkan adalah dlm 18oz sehari. tetapi kalau ikut kemahuan ank, 18oz tidak ckup utk dia. kadang2 sy ada bg lebih 18oz sehari. adakah sebab tu jgk dia buang air besar kerap dlm sehari? sy mula risau sebab dia kerap buang besar dan mula meneran tidak seperti sebelum ni. tapi setakat ini, dia tidaklah sembelit sampai ada darah pd najis. cume najis dia sedikit keras compare to sebelum ni. So, mcm mane ye doc? Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anak anda tidak mengalami sembelit kerana masih membuang air besar. Buat masa sekarang, anda boleh memberi anak anda sedikit air atau menambahkan air dalam bubur anak anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kanak-kanak di klinik atau tempah temu janji dengan doktor pakar kanak-kanak kami secara atas talian di sini (booking appointment). Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.