Sulit
2 tahun
Anak tekak terbaring dia atas lidah
Doktor kenapa anak tekak saya terbaring di atas lidah tapi saya batuk je sakit tekak pun tak ade macam mna tu doktor tolong jelas kan doktor Sya macam tidak selesa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ketidakselesaan tekak yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Namun anda menyatakan tiada sebarang kesakitan berlaku, jadi disarankan untuk anda berjumpa doktor di pusat kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan lanjut secara fizikal. Pihak kami tidak dapat membuat kesimpulan kerana tidak melakukan pemeriksaan terhadap anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.