
Anonymous
5 tahun
Anak umur 3 tahun muntah malam
Anak sulung saya baru berusia 3 tahun,
Saya risau bila anak minum susu di malam hari 2-3 jam sebelum tidur mesti dia akan muntah, anak saya jenis yang susah nak makan berat badan 11kg
Soalan saya, adakah anak saya mengalami alahan terhadap susu tersebut dan perlukah saya cek paras gula anak sy?
Sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda banyak kemungkinan yang boleh jadi punca kepada permasalahan yang anak anda alami. Soal pemakanan adalah sangat kritikal untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Salah satu kemungkinan kepada permasalahan tersebut adalah alahan terhadap produk berasaskan susu. Konsultasi lanjut adalah diperlukan bagi mengenalpasti permasalahan ini seterusnya rawatan atau tindakan yang sesuai dapat diambil.
Anda dinasihatkan untuk membawa anak anda untuk berjumpa doktor agar konsultasi lanjut dan pemeriksaaan fizikal dapat dilakukan atau anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.